Assalamualaikum, setelah bertahun-tahun mengusahakan perniagaan sate ini , baru terlintas dalam fikiran nak adakan sebuah laman khas buat sate , untuk pengetahuan semua sate ini telah lama diusahakan oleh mertua saya sendiri dan terus menjadi ikutan sekeluarga . kami menguasahakan sate daging dan ayam dengan harga secucuk RM 0.40 (mentah) dan RM 0.50 (bakar) sahaja .Memandangkan tahun hadapan saya yang akan handle jualan sate bagi tempahan raya aidilfitri yang selalunya tak menang tangan dibuatnya . saya harap dengan adanya blog ini , dapat memudahkan kerja saya sekaligus dapat memudahkan para pelanggan berurusan dengan saya dimana sebelum ini setiap kali hari raya pasti telefon ini berdering tak henti . Di blog ini juga saya sediakan nombor telefon saya bagi memudahkan para pelanggan untuk berhubung dengan saya . Tempahan sate boleh dibuat bila-bila sahaja bukan hari raya sahaja ye :) .
No comments:
Post a Comment